Balai Polis BTP: 03 6034 3578
Bomba Batu Arang: 03 6035 2444
Sek. Men. Bandar Tasik Puteri: 03 6034 2885
Sek. Keb. Bandar Tasik Puteri: 03 6034 2978 *
Rakan Cop IPK Selangor: 03 2052 9999,
SMS: polissel>32728
Masjid BTP, Ustaz Eadil Mat: 019 2206072,
Surau As Siddiqin, En Harun: 019 3117 871,
Surau Firdaus Blok 16, Ramli Rashid: 019 2126 858
Surau Al Furqan, Blok 28, Abdullah Yusoh: 019 2042 854
Surau Al Hidayah, Desa Puteri, Ahmad Marzuki: 013 3684 321,
Selasa, 25 Mei 2010
Isnin, 24 Mei 2010
TIPS - Khusyuk dalam Solat
Antara kaedah2 yang boleh dilakukan untuk mendapat khusyuk ialah.. :
1. Hendaklah orang yang bersembahyang itu mengambil tahu dan mempelajari makna-makna bacaan dalam sembahyang. Seperti bacaan Al-Fatihah, tahiyyat, tasbih dalam rukuk dan sujud, dan bacaan-bacaan yang lain supaya dia tidak teringatkan perkara-perkara yang lain, selain daripada hatinya menumpukan kepada pengertian bacaan-bacaan itu.
Untuk mengetahui maksud2 bacaan tu.. lanun dah carikan maksudnya di internet.. Bacaan bahasa arab dalam solat kita telah diterjemah kedalam bahasa melayu untuk memudahkan pemahaman kita dalam solat. Dengan memahaminya kita akan lebih khusyuk dan rasa lebih dekat Allah SWT..:-) Baca dan pahami maksudnya didalam hati... renungkan...rendahkan diri...Selamat beramal... Mesti Cuba :-)
Maksud2 bacaan dalam solat adalah seperti di bawah...:
Maksud Bacaan Di dalam Solat
Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu. Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa. Ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
p/s : Hayatilah dan ingatlah maknanya kerana ianya akan menambahkan kusyuk di dalam solat anda ... selamat mencuba.
Kita sambung lagi tips2 untuk mendapat khusyuk...
2. Orang yang sembahyang itu, hendaklah dia ingat bahawa dia sentiasa dalam perhatian Allah. Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya, bacaannya dan hatinya. Dari itu, tidaklah seharusnya seseorang yang sembahyang itu berangan-angan dan berkhayal dalam sembahyang.
3. Berharap dengan yakin yang allah akan menerima Amal kita..
4.Mengurangkan pergerakan anggota badan..kaki,badan,tangan,menggaru yang melampau..DLL
Ada banyak lagi tips2 untuk mencapai khusyuk... Untuk lebih mengetahui boleh melayari..link ini.. TIPS KHUSYUK SOLAT 5 WAKTU
Sabtu, 22 Mei 2010
IBLIS DAN MANUSIA
Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.”
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Iblis: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”
^ Kembali ke atas ^
Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam
Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.
Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”
Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.
^ Kembali ke atas ^
Iblis Dengan Ahli Neraka
DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.
Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”
Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”
Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.”
Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”
Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”
Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.
Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.”
Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi.
Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.
Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.
^ Kembali ke atas ^
Dipetik Dari Buku: 2002 Misteri Siri 2 "Himpunan Kisah-kisah Jin, Iblis & Syaitan".
Pengarang: Muhammad Isa Selamat.
Khamis, 20 Mei 2010
Mengerjakan Solat
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mendirikan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya
Tanda-tanda Dunia Di penghujung Nyawa
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ‘
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah…
2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim
~ dah nampak dah skrg…
3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah
~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…
4) Menghias masjid & membanggakannya. ‘Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah…
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. ‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada….
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. ‘Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara tanda² telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…
10) Bulan sabit kelihatan besar. ‘Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok…
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. ‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ - Sahih Muslim
~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie……
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. ‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq …
13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai. ‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²’- Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…
TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN!
Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w….bersabda: ‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’
TUJUH GOLONGAN MANUSIA YANG DILINGUNGI ALLAH S.W.T
Sabda Nabi S.A.W :
وعن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى (لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ( متفق عليه
Maksudnya : Dari Abu Hurairah R.A telah bersabda Nabi S.A.W 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :
وعن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى (لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ( متفق عليه
Maksudnya : Dari Abu Hurairah R.A telah bersabda Nabi S.A.W 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :
Golongan pertama ialah pemimpin yang adil
~kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T serta adil dalam bertindak mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh syarak maka rakyat bawahan pun ramai yang mengikut jejak langkahnya dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Rosaknya pemimpin maka ramailah rakyat jelata yang turut rosak kerana rakyat megikut agama pemimpin mereka. Kita sentiasa mengalu-alukan perancangan kerajaan untuk memastikan pelajar sekolah rendah wajib khatam al-Quran dan memahami agama dengan baik tetapi dalam masa yang sama pemimpin mestilah bukan sahaja mampu membaca al-Quran tetapi bersungguh-sungguh dalam melaksanakan segala tuntutan al-Quran yang menyeluruh termasuk ekonomi, perundangan, sosial dan sebagainya bukannya menjadikan Islam sebagai agama ibadat khusus semata-mata. Musuh Islam tidak pernah gerun terhadap umat Islam yang kaya harta jika kurangnya agama sebaliknya musuh Islam sentiasa berusaha dalam memerangi umat Islam yang miskin harta tetapi kaya agama kerana harta tidak pernah menggugat kedudukan kuffar tetapi agama telah banyak meruntuhkan kezaliman dan kesesatan kerajaan kuffar sebelum ini.
Golongan kedua ialah pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T
~golongan ini mestilah dilahirkan dalam sesebuah negara bagi mengelakkan lebih banyak kemungkaran dan kerosakan yang berlaku. Apabila umat Islam sentiasa menjaga ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat ditambah dengan makan minum perkara yang halal dari hasil yang halal, menguruskan keluarga, masyarakat dan negara mengikut kehendak syarak disamping berusaha melaksanakan seluruh tuntutan Islam dalam setiap kerja dan pergerakannya sehingga semua itu dihisab sebagai ibadat oleh Allah S.W.T maka segala masalah jenayah dan keruntuhan akhlak dapat ditangani dengan baik. Sebaliknya jika umat Islam memisahkan urusan dunia seperti ekonomi, perundangan, sosial daripada dosa pahala maka keadaan kehidupan mereka semakin lama semakin hancur serta semakin dekat kepada kekufuran yang menyebabkan tiada lagi perbezaan yang ketara antara umat Islam dengan bukan Islam. Inilah yang bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T dan penghinaanNya. Kita dapat lihat kesan daripada tidak sembahyang menyebabkan ramai pemuda Islam yang runtuh akhlaknya dan banyak melakukan jenayah sehingga menggugat keamanan negara.
Golongan ketiga ialah seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
~kita semua wajib berusaha menghidupkan masjid dengan program serta majlis ilmiah bagi memupuk kefahaman tentang kepentingan solat berjemaah dan bukan berusaha mematikannnya agar negara dapat melahirkan lebih ramai rakyat yang sentiasa berjemaah di masjid serta menghidupkannya dengan pelbagai aktiviti yang dapat mengembalikan semula kegemilangan Islam.
Golongan keempat ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T di mana mereka bersatu dan berpisah kerana Allah
~kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman ini begitu penting terutama dalam berhadapan dengan kekejaman musuh Islam. Betapa bahayanya apabila kasih sayang seumpama ini tiada dalam hati sanubari umat Islam. Begitu juga kasih sayang berasaskan iman wajib disuburkan agar saudara seagama sentiasa dibantu walau di mana mereka berada. Kita mesti sentiasa membantu sekurang-kurangnya dengan doa agar Allah S.W.T membantu umat Islam yang sedang ditindas di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan Filiphina, Acheh dan sebagainya. Begitu juga dengan tekanan disebabkan larangan bertudung ke atas umat Islam di Perancis. Tidak lupa kepada nasib yang menimpa umat Islam di Selatan Thailand termasuk Fatani, Narathiwat, Yala yang kini ditekan akibat pembakaran sekolah, bom balai polis dan kehilangan senjata 2 minggu lalu yang telah menyebabkan pelbagai tindakan keras dikenakan termasuk perintah berkurung yang menjejaskan perjalanan majlis ilmu pada waktu malam serta pemeriksaan ke atas pondok-pondok bila-bila masa yang dikehendaki sehingga baru-baru ini ada kubur yang baru ditanam mayatnya diperintah agar digali semula atas alasan disyaki dijadikan tempat simpan senjata. Umat Islam terus ditekan sedangkan bukti yang menyatakan umat Islam yang terlibat dalam kejadian itu belum diketahui.
Golongan kelima ialah seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah
~usaha dalam memastikan kebanyakan pintu zina ditutup mestilah ditingkatkan. Jika terlalu banyak pintu zina dibuka maka semakin ramai yang cuba dan menghampirinya sehingga semakin teruknya keruntuhan akhlak rakyat. Betapa malangnya apabila ramai yang lantang bersuara membantah tindakan pihak tertentu yang membuat etika berpakaian terhadap orang bukan Islam supaya lebih sopan. Sedangkan suara ini tidak kedengaran apabila wanita dijadikan alat pelaris barangan melalui iklan yang menjolok mata. Kita turut mendesak agar program hiburan supaya diasingkan antara peserta lelaki dan perempuan serta dititikberatkan adab mengikut Islam bukannya nafsu. Jangan rosakkan rakyat dengan aktiviti pergaulan bebas sepanjang program tersebut sehingga anak-anak yang dididik begitu lama oleh ibubapa dan guru-guru akhirnya dirosakkan dalam masa beberapa bulan.
Golongan keenam ialah seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya
~umat Islam sentiasa dilatih agar memberikan barangan miliknya kepada orang yang lebih memerlukannya melalui zakat. Apabila diri sentiasa dilatih dengan perkara yang wajib lalu melembutkan hati untuk melakukan sedekah sunat dengan penuh keikhlasan. Sedekah jenis inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana ia bakal menguatkan kembali kesatuan umat Islam dan ekominya yang bakal menggugatkan kedudukan musuh.
Golongan ketujuh ialah seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya
~umat Islam mesti berusaha untuk lahir sebagai golongan yang bertindak cergas seumpama singa disiang hari ketika melawan musuh serta begitu rapat hubungannya dengan Allah S.W.T terutama waktu malam. Golongan inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana mereka bakal dibantu oleh Allah S.W.T. Ingatlah bahawa persediaan untuk melawan musuh bukan semata-mata bergantung kepada kekuatan tentera dan senjata tetapi apa yang lebih penting ialah ikatan perhubungan umat Islam dengan Allah S.W.T yang membolehkan datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.
Firman Allah dalam ayat 63-64 surah al-Furqan :
وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجــهلون قالوا سلــما . والذين يبيتون لربهم سجدا وقيــما
Maksudnya : Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka lalu mereka ucapkan kata-kata yang baik. Dan mereka melalui malam hari dengan bersujud serta berdiri bagi menyembah Allah
Rabu, 19 Mei 2010
PERLUMBAAN MENUJU SYURGA
Dengki, adalah di dalam kategori penyakit umat-umat terdahulu yang masih subur dan membarah di dalam jiwa umat ini. Walaupun sudah nyata yang kita menghuni alaf 21 yang serba canggih dan moden, namun namun penyakit jiwa 'primitif' ini masih sahaja menjadi kecintaan manusia yang tidak beriman dan kufur nikmat Tuhan.
Yang dikatakan dengki ialah seseorang melihat orang lain buat baik, kemudian datang dalam hatinya niat jahat dan bermacam-macam rencana keji untuk memberhenti (menamat)kannya dari berbuat baik dengan harapan orang ramai hanya nampak dirinya seorang sahaja yang 'berbuat baik'. Andaikata ia tidak mendapat 'peluang' mereaisasikan niat jahatnya itu, dia akan memastikan saingnya juga tidak mendapat peluang yang sama.
Perangai dengki seumpama ini sangat ditegah dan dibenci oleh agama. Ia akan memakan, mencaNtas dan melenyapkan segala pahala amalan yang terkumpul di masa lampau.
Andai kita melihat kawan kita tekun beribadah lalu kita pun terdorong beribadah sepertinya, maka itu tidaklah dinamakan hasad dengki.
Andai kita melihat jiran kira suka bersedekah, lalu kita terdorong berdoa kepada Allah agar dikurniakan sifat suka bersedekah sepertinya, maka itu bukannya hasad dengki.
Andai kita lihat pula saudara kita rajin membantu (turun tangan) dan suka bergotong royong lalu kita juga berazam dan berusaha menjadi sepertinya, maka itu juga tidak dinamakan hasad dengki hasad dengki maupun lemah iman.Semua sifat dan sikap yang kita tampilkan di atas tadi tergolong di dalam kesempurnaan iman.
Usaha untuk meniru perbuatan baik yang dilakukan oleh Muslim yang lain dikira sebagai amalan yang mulia dan tindakan yang benar. Tiada cacat celanya di situ, bahkan ia amat dianjurkan oleh agama. Ia sikap terpuji di sisi Allah dan Rasul.
Sikap dan karekter ini tergolong di dalam prinsip AL MUNAFASAH (berlumba-luma ke arah kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan) sepertimana yang dinyatakan Allah di dalam surah Al Mutaffifin ayat 26
خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ
Ertinya : "tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba" ( Al-Mutaffifin :26 )
Lihat Allah s.w.t ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Berlumba-lumba ke arahnya. Perlumbaan yang berkat, dirahmati lagi menguntungkan. Namun, Manusia sering sahaja berlumba bagi perolehi nikmat dunia yang sementara, harta, nama dan pangkat.
ANDAI MAHU DIDOAKAN MALAIKAT
Alhamdulillah kerana memberi peluang pada kita untuk hidup satu hari lagi di muka bumiNya ini. Alhamdulillah juga seandainya kita dapat mengisi hari kita ini dengan aktiviti keimanan, kebajikan dan amal soleh.
Di antara ibadah utama dan pengisian terpenting di dalam 24 jam anugerah Allah swt itu ialah aktiviti yang ada kaitan dengan ilmu pengetahuan. Bagi muslim yang memahami, ia telah, sedang dana akan mengisi masa-masanya dengan kepelbagaian aktiviti keilmuan. Maka dengan itu terhindarlah ia dari perbuatan sia-sia, perkataan yang lagha dan rutin yang caca marba. Sesungguhnya dengan rutin yang beroreantasikan iman dan ilmu, maka hidup kita akan semakin bahagia, bermotivasi dan bermakna.
Bergembiralah menuntut dan mencari ilmu, kerana:
1. Ilmu adalah pembuka dan pemudah jalan menuju ke syurga.
2. Orang yang menuntut ilmu sentiasa berada di jalan Allah (Fi Sabilillah) selama niatnya ikhlas kerana Allah. Sekiranya ia meninggal dunia di dalam misi perjuangannya samada dia menuntut ilmu atau mengembangkan ilmu maka ia dikira beroleh pahala syahid akhirat.
3. Orang yang berilmu akan ditinggikan darjat di dunia dan di akhirat.
4. Orang yang menuntut ilmu, memperolehi doa keampunan dari para malaikat, ikan-ikan di dan sebagainya.
Sahabat Nabi saw, Mu’az bin Jabal r.a. mengatakan: Hendaklah setiap orang di antara kamu mengambil habuan @ ’ profit’ di dalam urusan ilmu, kerana sesungguhnya:
5. Menuntutnya adalah ibadah.
6. Mempelajarinya adalah Hasanah (kebaikkan).
7. Menyampaikannya kepada ahlinya (orang yang cintakan ilmu) adalah Qurbah (Pendekat diri kepada Allah).
8. Mengajarkannya kepada orang-orang yang tidak mengetahuinnya adalah sedeqah.
Andaikata anda tiada wang untuk bersedekah, maka bersedekahlah dengan ilmumu dan kata-kata baikmu. Malah sedekahmu itu akan terus mengalir deras pahalanya kepada dirimu kerana ia adalah sedeqah jariah.
9. Mencari (membahas, mengkaji dan menganalisanya) adalah Jihad.
10. Memuzakarahkan (Membincangkan) nya adalah Tasbih.
Para ulama juga turut mengatakan bahawa hidupnya ilmu itu dengan bermuzakarah. Tanpa bermuzakarah, ilmu akan beku dan mati.
TANPA ILMU MANUSIA BUTA
1. Ilmu itu penting sekali. Tanpa ilmu tertolaklah amalan. Kerana Allah tidak akan menerima amalan sijahil biar ia membukit sekalipun. Maka beramallah dengan ilmu.
2. Para ulama berkata: “ilmu mesti berdiri di hadapan amalan dan perbuatan seseorang.” Bukannya amalan di hadapan ilmu. Sekali lagi, letakan ilmu itu di hadapan amalan. Barulah syiatan tidak dapat merosakan. Bila ilmu di hadapan amalan, maka syaitan akan ketakutan.
3. Ilmu itu Nur (cahaya) yang menjadi penunjuk dan pembimbing segala amalan. Ibarat tanpa lampu suluh bergerak di malam yang gelap gelita tanpa sebutir pun bintang di langit, maka seseorang itu berkemungkinan sahaja berhadapan dengan beberapa risiko yang merbahaya. Mungkin akan terjatuh ke dalam lopak yang cetek atau lubang yang dalam. Boleh jadi terpijak duri, paku atau kaca. Mungkin akan disengat atau dipatuk bintang berbisa atau boleh jadi kepala akan terhantuk dengan sesuatu yang menyakitkan. Andai tiada lampu menara di pantai boleh jadi nahkoda dan anak kapal sekeliannya akan sesat hanyut di tengah lautan luas. Pendekata, pelbagai bahaya andai meredah kegelapan malam tanpa lampu suluh.
4. Demikian halnya dengan kehidupan. Hidup yang tidak bersuluhkan ilmu akan menjerumuskan seseorang ke dalam bahaya dan kerosakan yang tidak sedikit. Saidina Umar pernah mengungkapkan “..betapa seseorang yang berbuat sesuatu tanpa ilmu maka akan berlaku nanti natijah kerosakannya lebih banyak dari hasil kemanfaatnya.” Lirik nasyid berbunyi: "Tanpa agama manusia binasa. tanpa ilmu manusia manusia buta.' kata-kata yang tepat sekali.
5. Tersebut di dalam hadis dari Mu’az bin Jabal r.a. berkata: “Ilmu adalah pemimpin dan amalan adalah pengikut.” (Riwayat Ibn Abdil Barr daripada Mu’az bin Jabal).
6. Jesteru, dekatkanlah diri kita dengan sumber-sumber ilmu, dengan majlis-majlis ilmu. Meriahkanlah majlis ilmu tak kira di mana sahaja. Hidupkan suasana ilmu hatta di rumah dan di pejabat kita. Dampingkanlah diri dengan para alim ulamak bukannya bersahabat dengan orang-orang tamak, atau dengan orang yang berfikiran semak ataupun membuang masa duduk berjam-jam di kedai mamak. Kalau tak ada apa-apa yang penting eloklah ambil masa membantu kerja sekolah anak-anak.
7. Ampun maaf andai terkasar bahasa.
HANYA SEORANG DIRI
Nun di hari akhirat, hari yang kita semua akan berhimpun dan bertemu di sana. Hari di mana manusia akan terkelas dalam kelompok dan golongan tertentu. Ia pengkelasan yang maha adil lagi maha saksama.
Ya, kedudukan akhir kita bakal dikategorikan. Tidak sebagaimana pengkelasan duniawi yang ternyata tidk adil lagi berat sebelah di mana dengannya manusia bergolongan elit berbangga dan menyombong diri dengan kastanya serta memandang hina malah menzalimi golongan atau kasta bawahan yang marhain. Si kaya dalam kelompoknya sahaja. Golongan 'Land lord' dalam kelasnya sahaja. Golongan 'berdarjat' kebesaraan di dalam lingkungannya sahaja. Negara-negara 'maju' dalam groupnya sahaja.
Nun di hari akhirat, hari yang kita semua akan berhimpun dan bertemu di sana. Hari di mana manusia akan terkelas dalam kelompok dan golongan tertentu. Ia pengkelasan yang maha adil lagi maha saksama. Ya, kedudukan akhir kita bakal dikategorikan. Tidak sebagaimana pengkelasan duniawi yang ternyata tidk adil lagi berat sebelah di mana dengannya manusia bergolongan elit berbangga dan menyombong diri dengan kastanya serta memandang hina malah menzalimi golongan atau kasta bawahan yang marhain. Si kaya dalam kelompoknya sahaja. Golongan 'Land lord' dalam kelasnya sahaja. Golongan 'berdarjat' kebesaraan di dalam lingkungannya sahaja. Negara-negara 'maju' dalam groupnya sahaja.
Itu pembahagian dan pengkelasan hidup di atas dunia. Manusia dengan sesukahati membuat format pengkelasannya sendiri. Allah tidak redha dengan 'pengkelasan' sedemikian yang ternyata membelakangkan wahyu dan memijak fitrah suci manusiawi. Lalu diutuskan para Rasul 'alahimus solatu was salam. Lalu diturunkan kitab. Lalu diutuskan Rasulullah saw dan bersamanya Kitabullah yang menjelaskan 'pengkelasan' hakiki.
Objektif perutusan Nabi saw ternyata di antaranya adalah untuk membasmi dan melenyapkan kecacamarbaan tatacara jahiliyah ini. Baginda saw berjuang berhabis-habisan untuk meletakkan taqwa sebagai puncak dan neraca 'mulia' sekali pun baginda menerima tentangan yang berat lagi bertali arus. Beruntunglah buat yang mengambil ingat dan menjadikan taqwa sebagai bekalan diri. “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)
Namun, ingatlah bahawa suasana akhirat sekali-kali tidak sedemikian. Tidak seperti yang kita bayangkan.
Pengkelasan sebenar semakin hampir. Masanya telah ditetapkan. Bersedialah menghadapinya!
Firman Allah SWT: " Sesungguhnya hari pemutusan hukum (pengkelasan hakiki) itu, adalah satu masa yang ditentukan." (Ayat 17: An Naba).
Pengkelasan antara mukmin dan kafir. Antara Abrar dan Fujjar. Antara Sa'eed dan Syaqiy! Antara pembuat zalim dan yang dizalimi!
Ya, sewaktu keluar dari kubur menuju dataran Mahsyar, manusia akan bergerak di dalam kumpulan-kumpulan, golongan-golongan dan jamaah tertentu. 'Afwa-ja'. Memang benar. Namun, tidak semestinya golongan, jamaah dan kumpulan kita di dalam permusafiran ke padang Mahsyar itu menurut sepenuhnya perkumpulan, persatuan, jamaah, partai yang kita sertai semasa singgah di dunia sebelumnya. Allah sahaja Yang Maha Tahu kita bergerak di dalam kelompok dan golongan mana.
Ya Allah! perjalankan daku dalam kelompok hambaMu yang mukminin dan muttaqin.
Namun, suasana yang berbeza sawaktu sesi penghisaban bermula.
Kalau tadi, sewaktu keluar dari kubur ke padang Mahsyar, manusia keluar berkumpulan, berkelompok dan berjamah. Keadaan ini tidak akan berlaku apabila Allah swt memulakan pengadilan. Apa yang akan berlaku?
Ya Allah..., seluruh manusia termasuk kita, dia, engkau dan aku akan dipanggil mengadap Allah seorang demi seorang. Ya, seorang demi seorang. Tanpa pembantu. Tanpa penterjemah. Tanpa peguam. Tanpa peminat. Tanpa saudara dan tanpa Fan Club juga. Tanpa penjilat.
Kita sendiri akan menjawab segala persoalan dan ehwal diri kita semata-mata. Ada yang jatuh terjelepuk dan longlai apabila namanya diserukan, lalu para malaikat akan tetap memapahnya ke hadapan Tuhan bagi melangsaikan segala perhitungan. Keputusan adalah muktamad.
Firman Allah swt: "...dan sekelian mereka akan mendatangiNya (mengadap Allah) pada hari akhirat nanti dalam keadaan seorang diri.." (Surah Maryam: 95).
Bila ALLAH Marah...
Alhamdulillah yang masih menghidupkan kita pada hari ini. Alhamdulillah kerana Dia telah me‘rezeki’ kan kita ketaatan kepadaNya. Dapat taat kepadaNya adalah anugerah yang tidak ternilai. Dapat bangun pagi memulakan hari baru dengan mengingati dan mentaatiNya adalah nikmat pemberian yang tiada tandinganya. Ya, bagi kaum yang memikir dan merenung hakikat kebenarannya.
Falakal Hamd Walakas Syukr…
Ramai manusia yang dihidupkan lagi pada hari ini, namun sebahagian besarnya telah memulakan awal paginya dengan sarapan kekufuran, menggomoli dosa, meranduk kesesatan dan melahap kemaksiatan.
Dosa semalam dan maksiat silam terus dilakukan tanpa rasa kesal dan pedih kerana titik-titik hitam dosa yang melumuri mahkota hati menjadikan rutin penderhakaan kepada Tuhan tidak dirasakan apa-apa lagi.
Lihatlah, dendam kesumat kelmarin belum sahaja reda, tetapi hari ini ianya telah dinyalakan semula dengan maraknya bahkan ditambah lagi dengan dendam dan ammarah baru dengan warna dan perisa yang berbagai-bagai
Orang lain bangun pagi memikirkan apa yang hendak dimakan, namun para penzalim dan pendosa memulakan awal pagi dengan pertanyaan berhambur kerakusan… ‘siapa yang akan kita makan?’
Ramai yang bangun pagi namun tidak menunaikan kewajipan dua rakaat Subuh tetapi bingkas pantas bagai harimau kumbang membelah pagi mencari sesuap rezeki. Rezeki Allah dikejar dan ditelan semahu-mahunya, namun solat Subuh semudahnya ditinggal dan diabaikan. Rezeki dibelasah namun Pemberi rezeki dilupa dan disisihkan.
Si pengumpul dan penumpuk kekayaan pula setelah menghirup secangkir kopi tanpa menyebut nama Ilahi, merentas bumi penuh haloba, mengaut apa sahaja tidak kira dari mana sumbernya. “kita akan akan ketinggalan dan terkebelakang kalau terlalu fikir halal haram,” ujarnya langsung tidak berhati-hati.
Ada yang bangun pagi dalam janabah yang tidak terangkat walau berendam kesejukan dalam tujuh lautan dunia, kerana malamnya melampiaskan nafsu dengan wanita yang diharamkan Allah ke atas dirinya. Tercabutlah keimanan, hilanglah keberkatan, rosaklah keturunan, ketawalah sang syaitan kerana itulah seburuk-buruk jalan yang dikeji Tuhan.
Hanya Taubat Nasuha sahaja jalan kembali.
Kini, kesejukan, kesyahduan dan kenyamanan pagi sudah semakin berkurangan dan semakin tinggal dalam kenangan. Kepanasan dosa yang memenuhi jiwa manusia meluap-luap habanya sehingga menyingkir jauh kesejukan dan kenyamanan diri dan muka bumi.
Ahh, bebola bumi semakin panas, bahang membakar kerana kemanusiaan telah digantikan dengan kebinatangan dan kesyaitanan. Ya, pemanasan global. Bukan hanya kepanasan cetusan industri bahkan kepanasan dosa dan maksiat yang tercetus dari dalam diri. Dalam Al-Qur’an ada dijelaskan melalui firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ar-Rum ayat 41 mafhumnya: “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh perbuatan tangan-tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”
Dosa dan maksiat yang tidak diinsafi, malah terus digomoli bukan sekadar menimbulkan kepanasan dan bahang di dalam jiwa, malah membangkitkan kemarahan Allah Yang Maha Esa.
Berhati-hatilah kita dari asbab kemurkaan Allah dan kemarahanNya.
Bila Allah marahkan seseorang, Kemana pun dia pergi, hati manusia jadi meluat dan tidak senang dengannnya. Dia akan rasakan kebencian manusia meluap-luap ke atas dirinya.
Ibnu Abi Laila berkata: Abu Darda’ r.a. menulis sepucuk surat kepada Maslamah bin Makhlad : “Salam ‘alaik. Adapun selepas itu. Bila seorang hamba melakukan kemaksiatan, maka marahlah Allah kepadanya. Bila Allah marah, Dia akan menjadikan manusia turut marah dan membencinya.” (Muntaqal fawa-id : Abi Abdullah faisal Ibn Abduh AL Qa-sd Al hasyidi)
Bila Allah murka, kepanasan lahir dan batin akan sekata dan menjadi satu bahasa. Akhirnya, yang manusia akan rasa hanyalah kepanasan, kerimasan, kerisauan dan kesesakkan yang berganda. Apakah ini neraka yang disegera? Wal’iyazubillah.
Nasihat Itu Penawar
1. Hidup kita akan sangat bermakna dan tidak meleret kepada kerugian andai kita sering nasihat menasihati, pesan memesan dan wasiat mewasiat sesama kita. Bila umat Islam hidup di atas budaya dan tradisi mulia ini maka maslahah dan manfaatnya kembali kepada diri dan kehidupan mereka sendiri.
2. Meninggalkan usaha nasihat-menasihati (An Nasihah) dan wasiat mewasiat (At Tausiyah) bermakna kita telah meninggalkan suruhan-suruhan Allah yang utama. Bila perintah Allah diabaikan maka terbukalah pintu-pintu kerosakkan. Apakah kita tidak melihat betapa kefasadan, kebobrokkan, kerendahan dan ke cacamarbaan yang berlaku saban waktu dan ketika berpunca antaranya kerana kita sewenangnya meninggalkan perintah An Nasihah dan At Tausiyah?
3. Siapakah yang boleh hidup tanpa nasihat dan pesanan? Setiap yang lemah, buntu, tersalah, tersilap, dilanda ghaflah dan musykilah semuanya perlukan nasihat. An Nasihah itulah antara makanan rohani yang tak dapat tidak perlu diberi dan diambil secara tersusun dan istiqamah lewat kehidupan manusia di dunia fana ini. Ia umpama 'dos' yang semestinya dihadamkan secara sistematik bagi mengekalkan kesihatan, keseimbangan, kesejehteraan dan kesinambungan rohaniah manusiawi. Tanpanya rohaniah manusia akan gelisah, tertekan, sakit dan menggelisah.
4. Firman Allah swt Maksudnya:Berdakwahlah kamu ke arah jalan Tuhanmu dengan Hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Hikmah mempunyai dua maksud iaitu kebijaksanaa dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan juga bermaksud sunnah Nabi saw. Nasihat yang baik pula adalah dengan menggunakan lidah. Bergitu juga berbahas dan berdebat memerlukan kemahiran berbicara. Di sinilah pentingnya pendekatan dakwah menggunakan lidah.
5. Sabda Nabi saw: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.
6. Tiada siapa yang boleh hidup sejahtera bahagia dan melangkah lurus di jalan kebenaran tanpa mempraktikkan perintah nasihat dan wasiat sekalipun mereka dari kalangan para ulama.”ulama silam menulis dan mengutuskan surat sesama mereka dengan kata-kata berikut: “Barangsiapa mengelokkan batiniah (rohaniah)nya, maka nanti allah akan mengelokkan lahiriahnya, barangsiapa mengelokkan hubungannya dengan Allah, nanti Allah akan mengelokkan hubungannya dengan sesama manusia dan barangsiapa yang bersungguh beramal untuk akhiratnya maka nanti Allah akan mencukup (mengatur)kan urusan dunianya.” (Al Fatawa 8/10).
7. Kalau para ulama pun saling sentiasa menasihati dan pesan memesan, maka kita orang awam ni lagilah tidak boleh meninggalkannya. Usah benci dengan nasihat yang diberi sekalipun ia terkadang pahit untuk ditelan. Yang pahit itulah mudah-mudahan menjadi penawar di jiwa kita. Secara fitrahnya jiwa akan tenang dan akur menerima nasihat yang diberikan sepenu kasih sayang dan keikhlasan sebaliknya akan menggerutu dan tidak puas hati bilamana dimarahi dan dicaci.
8. Gunakankanlah saluran-saluran yang ada dewasa ini seperti media cetak dan elektonik, sms, email, blog dan website, capaian facebook, twitter sebagai wadah anugerah terbesar dari Allah untuk kita manfaatkan bagi merealisasi dan menjayakan perintah An Nasihah dan Al Tausiyah. Bukannya untuk melebarkan lagi jurang yang ada antara kita, memaparkan kejahatan, menyalakan api dendam dan permusuhan, menggalakkan kemaksiatan dan kedosaan, memutus silaturrahim dan sebagainya.
9. Seandainya sesuatu ummah atau bangsa itu membenci dan meninggalkan perintah An Nasihah da At Tausiyah maka ada kewajarannya mereka di'Talqin'kan saja krana kehidupan yang berbaki selepas itu hanya kerugian yang timpa menimpa."Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)
10. Nasihatkan diriku..
Berserah Dirilah Kepada ALLAH
1. Hanya keimanan dan penghayatan agama yang padu sahaja yang dapat menjadi benteng diri daripada segala perbuatan keji, perlakuan maksiat, tindakkan bodoh, godaan nafsu dan syaitan.
2. Iman dan Islam itulah yang menjadi intipati risalah dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah saw sejak 1500 tahun yang lalu. Itulah penawar paling mujarab dan berkesan kurniaan Allah yang Maha Pencipta buat sekelian manusia yang dicipta. Dia yang mencipta manusia, maka Dialah yang Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang tidak untuk manusia.
3. Ya, sekali lagi kita katakan bahawa ‘X Factor’ bagi kesejahteraan dan kebahgiaan yang hakiki dalam hidup manusia di dunia ini ialah dengan cara kembali tunduk sepenuhnya kepada iman dan Islam. Kembalilah kepada suluhan iman dan tuntunan Islam. Inilah yang dikatakan kembali kepada ‘asas’ di mana kita yang hakikatnya hamba-hamba yang kerdil, lemah, jahil, hina lagi banyak dosa sangat berhajat dan memerlukan rahmat, pimpinan, petunjuk, pertolongan, belas kasihan dan kasih sayang Allah di setiap masa dan ketika. Keinsafan terhadap hal ini akan membawa kita kepada cahaya yang terang-benderang.
4. Bila kita meminggirkan diri dari ‘asas’ ini, maka kita akan semakin jauh dari Allah dan jaminan-jaminan kebaikkan yang ditawarkan olehNya. Tiada lagi ’Haya-tan Toyyibah’ untuk kita. Firman Allah swt: "..Barangsiapa yang beramal soleh dari kalangan lelaki atau wanita nescaya Kami anugerahkan kepada mereka HAYATAN TOYYIBAH (kehidupan duniawi yang baik, tenang dan sempurna". (An Nahl).
5. Bila kita menolak mentah-mentah ’penawar mujarab’ dari sumber ’langit’ ini, maka ternyata kita sombong kepada Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Kita rasa diri kita amat pandai dan tidak memerlukan ’manual’ Rabbaniyyah itu walhal yang menjadikan diri kita ’sedikit pandai’ itupun Allah jua. Kita rasakan otak dan kepandaian kita dapat menyelesaikan segala-gala tanpa mahu bergantung kepada Allah yang Maha Bijaksana. Walhal ’otak’ kita itu sangat terbatas fungsinya. Ohh, kasihannya manusia kerana tidak percaya dan yakin kepada Tuhan yang menciptakan dirinya dan sekelian manusia.
6. Amat sedih bilamana manusia sering beranggapan bahawa dengan ’duit’ dan 'tenologi' segala-galanya boleh selesai. Memang kita semua perlukan duit, harta dan teknologi bagi melangsungkan kehidupan kita di dunia ini, namun di dalam banyak perkara, urusan dan situasi, hanya iman dan Islam yang ternyata di ’tentu’kan Tuhan untuk menjadi faktor pemangkin, pengimbang, pemaqbulan, penawar dan penyelesaiannya. Itulah piawaian, standard dan merit yang telah Allah tentukan ke atas hidup hamba-hambaNya.
7. Kemajuan dan ketamadunan contohnya. Andai kata ia tidak dibangunkan atas dasar iman dan taqwa, maka kebenarannya ia telah dibina atas tapak yang amat rapuh. Ironinya, sehebat mana pun kemajuan dan ketamadunan itu, Allah swt tidak menilai dan memandangnya dengan pandangan rahmat. Apakah makna kehebatan sebuah tamadun yang tidak berupaya menarik kerahmatan dan keampunan Allah swt? Sesuatu yang kita lagang, bina dan bangunkan tanpa suluhan iman dan Islam, maka ia hanyalah ibarat jasad yang tidak bernyawa.
6. Selagimana kita tidak sungguh-sungguh kembali ke pangkal jalan, yakni suluhan Al quran dan bimbingan Sunnah, maka nanti kita kan saksikan masalah-masalah yang kita hadapi tidak dapat kita selesaikan hingga ke akar umbi. Setelah di tutup satu masalah, datang pula masalah-masalah yang baru. Kita akan lihat nanti bagaimana ’duit’ akan dialirkan dengan banyaknya secara yang lagha dan ’sia-sia’ . Teknologi yang dicapai pula bukan sahaja tidak berupaya mencetuskan jiwa hamba bahkan telah digunakan untuk kerosakkan dan kemusnahan. Tanpa iman dan taqwa, teknologi telah menjadi alat pemusnah atau paling tidak telah menjadikan manusia bagai mesin dan robot yang tidak bernyawa lagi tidak berperasaan.
7. Kenapa jadi sia-sia? Sia-sia kerana duit atau 'wang ringgit' telah dicurahkan kepada perkara, aktiviti yang tidak bermanfaat lagi memudharatkan juga dibelanjakan secara lagha bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berulang kali berlaku walhal penawar mujarabnya telah pun dinyatakan Allah dan Rasulullah saw sejak sekian lama.
8. Bukankah Islam itu bermakna ’penyerahan’ total kepada kewujudan, keagungan, kekuasaan dan kebesaran Allah swt? Apa makna dan ertinya menjadi hamba-hamba yang tidak mahu tunduk menyerah kepada syariatNya, kesempuraan Ad DinNya, manhaj kerasulanNya, manual penyelesainNya, penawar mujarabNya, perintah dan laranganNya?
9. Jesteru, bagi mencapai keredhaan dan kerahmatan, hendaknya kita belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Orang beriman tidak akan mengulangi kesalahan, kesilapan bahkan kepncanagn yang kaku kerana Nabi saw pernah menyatakan bahawa ”..orang beriman itu tidak akan dipatuk (pagut) dua kali dari satu lubang.”
Faktor Bertambah & Berkurangnya Iman
1. Setelah beroleh nikmat Iman dan Islam, maka hendaklah kita syukuri keduanya dengan segala daya, tenaga dan upaya kita kerana dengan memiliki keduanya, hakikatnya seorang itu dikira telah memiliki sebesar-besar nikmat Allah SWT.
2. Sekiranya kita menjadi hamba yang bersyukur, melakukan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta tekun beramal soleh, maka iman kita akan semakin bertambah. Semakin cemerlang dan gemilang.
3. Kita tidak boleh rasa selesa dengan ‘pemilikan’ sekadar secubit atau se’ciput’ pencapaian iman kita. Usaha untuk menambah dan menjana iman, mestilah dilakukan secara terus menerus kerana di situlah nilai kemuliaan dan sumber kebahgiaan. Kalau setiap orang tidak henti berfikir dan merancang untuk menambah wang, harta dan asset duniawinya, mengapa tidak ia juga turut berusaha keras, ligat berfikir dan merencana untuk melakukan ‘penambahbaikan’ IMAN nya demi kebahgiaan dunia dan akhiratnya?
4. Kalau iman tidak disyukuri dan dihargai bahkan dosa pula ditimbuni, maka iman akan semakin merosot dan beransur kurang. Bila iman berkurangan, maka seorang hamba akan semakin jauh dari petunjuk, hubungannya dengan Allah swt semakin longgar dan sikapnya akan bertambah liar dengan manusia. Jesteru, orang yang tidak bimbang kalau imannya merudum, tidak sedih andai imannya berkurangan adalah orang yang amat jahil tentang makna, nilai dan betapa berharganya iman. Ini kerana hatinya semakin rapat terkunci malah gambaran kehidupan yang sedemikian selalunya berakhir dengan Su-ul Khatimah. Wal’iyazu billah.
5. Maka itulah pegangan Jumhur ulama kita. Dahulu dan sekarang. Bahawa iman itu boleh bertambah dan berkurang. “Aku telah berjumpa (menemui) ribuan ulama. Aku dapati tiada seorang pun dari kalangan mereka yang berselisih pendapat bahawa iman itu (gabungan) kata (Qaul) dan amalan, boleh bertambah dan berkurangan.” (Fathul Bari: 1/61)
6. Ya,marilah bersama-sama kita subur dan tingkatkan iman kita. Marilah kita beramal sementara peluang dan masa masih ada. Namun apa caranya?
7. “Apakah faktor bertambah dan berkurangnnya iman?,” tanya orang ramai kepada ‘Umair bin Habib bin Hamasyah rahimahullah setelah mana beliau mengatakan bahawa iman itu menerima penambahan dan pengurangan. Jawabnya: “Bilamana kita mengingati Tuhan kita dan rasa takut kepadaNya, maka bertambahlah iman dan apabila kita bersikap lalai, melupakan Tuhan dan mensia-siakan perintah dan laranganNya, maka berkuranganlah iman.” (Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah : mukasurat7).
Khamis, 13 Mei 2010
Mesyuarat Agong Pemilihan AJK Baru Sesi 2010/2013
Pada tanggal 28 March 2010 (Sabtu) mesyuarat agong pemilihan AJK baru surau al-furqan telah diadakan. Anak khariah sekitar blok 28/27B telah menghadiri mesyuarat tersebut, sambutan menggalakkan.
Mesyuarat tersebut bertujuan untuk memilih pengerusi, t/pengerusi, imam-imam, muadzim, dan siak serta 17 AJK baru yang lain. Mesyuarat dipengerusikan oleh bekas setiausaha en. kamaruddin. Mesyuarat berjalan dengan lancar seperti dirancangkan.
Mesyuarat ditamatkan sebelum solat zohor, selepas solat zohor hidangan makan tengahari disediakan dengan menu nasi bhokarah kambing dan ayam masak merah yang disediakan oleh ustaz abdul mun'im dan para pembantunya.
Klik Di sini untuk gambar mesyuarat agong surau al-furqan
Sambutan Maulidur Rasul Surau Al~Furqan
Pada tanggal 20 March 2010 (Sabtu) Surau Al~Furqan dengan kerjasama ahli khariah 28 dan ahli khariah 27B telah bersama~sama menganjurkan sambutan maulidur rasul di surau al-furqan.
Segala persiapan sambutan tersebut dijayakan secara gotong-royong dari membersih kawasan surau dan memasak hidangan untuk majlis yang akan diadakan pada sebelah malam. Menu pada hari tersebut nasi beriayani gam yang telah disediakan oleh imam ustaz abdul mun'im dan ayam masa oleh ahli AJK wanita surau al~furqan
Majlis sambutan bermula dengan sembahyang maghrib berjemaah dan diikut dengan ceramah maulidur rasul oleh ustaz zamani, selepas tamat ceramah sembahyang isyak berjemaah selepas itu majlis penyampaian cenderahati kepada anak-anak yang mengambil bahagian di dalam pertandingan amal islam anjuran masjid BTP.
Sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahllil dan doa selamat diadakan bagi memberkati majlis yang diadakan. Majlis berakhir sekitar jam 11.30 malam.
Perarakan Maulidur Rasul Anjuran Masjid BTP
Pada 27hb Feb 2010 (Sabtu) Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Masjid BTP telah dijalankan. Surau Al~Furqan telah menghantar satu kontijen terdiri daripada 20 orang telah mengambil bahagian perarakan tersebut.
Perarakan tersebut terdiri daripada surau~surau, sekolah~sekolah di sekitar GVP dan BTP mengambil bahagian. Didalam perarakan tersebut 2 kategori dipertandingkan pakaian terbaik dan banner terbaik.
Perarakan dimulakan jam 0800pagi dan berakhir diMasjid BTP jam 0930pagi. Persembahaan nasyid dan penyampaian hadiah 2 kategori yang dipertandingkan mengakhiri majlis perarakan yang dianjurkan oleh Masjid BTP.
Klik Di sini Gambar Perarakan online
Majlis Korban Surau Al~Furqan 2009
Setiap tahun surau al~furqan menganjurkan majlis korban. Pada tahun ini surau al~furqan akan mengorbankan 3 ekor lembu yang telah dikongsi oleh ahli khariah blok 28 & 27B. Acara penyembelihan korban bermula selepas solat sunat hariraya korban.
Kerja~kerja penyembelihan, melapah dan menyiang daging secara bergotongroyong. Kerja~kerja korban siap sepenuhnya sebelum sembahyang Jumaat.
Kerja~kerja penyembelihan, melapah dan menyiang daging secara bergotongroyong. Kerja~kerja korban siap sepenuhnya sebelum sembahyang Jumaat.
Jamuan makan tengahari disediakan untuk para petugas korban selepas sembahyang jumaat, jamuan seperti daging masak kicap, goreng dan juga hidangan istimewa sup tulang lembu.
Langgan:
Catatan (Atom)