Rabu, 17 November 2010

Majlis Korban Surau Al-Furqan 2010

Setiap tahun surau al~furqan menganjurkan majlis korban. Pada tahun ini surau al~furqan akan mengorbankan 5 ekor lembu yang telah dikongsi bersama oleh ahli khariah blok 28 & 27B. Acara penyembelihan korban bermula 9.30pagi selepas solat sunat hariraya korban.

Kerja~kerja penyembelihan, melapah dan menyiang daging secara bergotongroyong. Kerja korban siap sepenuhnya sebelum solat zohor 

Jamuan makan tengahari disediakan untuk para petugas korban selepas solat zohor, jamuan seperti daging masak kicap, goreng dan juga hidangan istimewa sup tulang lembu.

Kerja-kerja memasak diketuai oleh en. nazzari dengan dibantu oleh para muslimah surau al-furqan, untuk kerja-kerja pembersihan dijalankan secara bergotong-royong itulah semagat yang ditunjukkan oleh ahli khariah 28/27B.

Klik di sini untuk gambar majlis korban album 1
Klik di sini untuk gambar majlis korban album 2