Sabtu, 21 Ogos 2010

Majlis Surau Al-Furqan Bersama Anak Yatim

Pada tanggal 21hb Ogos 2010 (Sabtu) bersamaan dengan 11 Ramadhan, Surau Al-Furqan telah mengadakan Majlis penyampaian cenderahati kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, OKU dan Warga Emas blok 27B, blok 28 dan blok 29, seramai 35 orang penerima dari keempat-empat kategori telah disenaraikan. Jumlah Sumbangan yang diterima daripada mereka-mereka yang telah menyumbang sebanyak RM7200 dan diagihkan untuk 35 penerima.



Sebelum Majlis Penyampaian cenderahati bermula, majlis dipengerusikan oleh En. Saad Ishak. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Surau dan diikuti ucapan Y.B Dato Seri Hassan Ayub dan seterusnya beliau merasmikan Program bersama anak yatim, ibu tunggal, OKU dan warga emas 2010. Dalam ucapan Dato Seri Hassan, beliau ada memaklumkan bahawa tahun hadapan peruntukan peribadi beliau sebanyak RM10,000 untuk majlis ini.

Seramai 35 penerima telah menerima cenderahati (berupa wang saku) masing-masing yang telah disampaikan oleh Y.B Dato Seri Hassan Ayub dan Pengerusi Surau En. Abdullah Jusoh. Sambutan daripada penduduk sekitar 27B dan 28 amat menggalakkan, menu utama pada malam itu adalah kambing kari, jelatah dan popedem. Majlis ditamatkan dengan majlis tahlil ringkas sebelum jamuan berbuka puasa dihidangkan.



Klik di sini untuk gambar online majlis bersama anak-anak yatim album 1
Klik di sini untuk gambar online majlis bersama anak-anak yatim album 2

Video 1, Video 2 dan Video 3 Program Surau Al-Furqan
Bersama Anak yatim, Ibu Tunggal, OKU, dan Warga Emas

Klik di sini untuk Video 1
Klik di sini untuk Video 2
Klik di sini untuk Video 3