Rabu, 27 Mei 2015

Forum Perdana Isyrak Mikraj - Anjuran Surau Al-Furqan Blok 28

Pada tanggal 22hb Mei 2015 (Jumaat) Surau Al-Furqan telah menganjurkan Forum Perdana Isyrak Mikraj dengan barisan ahli panel :

1. Modoretor - Ustaz Abd Jalil
2. Panel 1 -P/U Suhaimi
3. Panel 2 - Imam Muda Megat

Majlis tersebut bermula selepas solat maghrib 8.00 malam  hingga 10.00 malam dengan sambutan yang mengalakkan daripada anak khariah blok 27B dan blok 28 serta penduduk disekitarnya. Forum tersebut banyak membincangkan sejarah bagaimana Rasulallah S.A.W di Isyrak dan dimikrajkan oleh Allah S.W.T.

Syukur Alhamdullilah program berjaya dilaksananakan mengikut perancangan AJK surau al-furqan dan diakhiri dengan majlis makan malam dengan hidangan nasi briani, kambing, ayam dan pelbagai lagi juadah yang disediakan.

Bagi pihak pengerusi dan ajk surau mengucapkan jutaan terima kasih diatas kedatangan anak khariah bagi menjayakan forum tersebut.

Sila klik di sini untuk gambar forum 1
Sila klik di sini untuk gambar forum 2
Sila klik di sini untuk gambar forum 3

Ahad, 14 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim, OKU, Ibu Tunggal

Pada tanggal 13hb Ogos 2010 (Sabtu) bersamaan dengan 13 Ramadhan, Surau Al-Furqan telah mengadakan Majlis penyampaian cenderahati kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, OKU dan Warga Emas blok 27B, blok 28 , seramai 30 orang penerima dari keempat-empat kategori telah disenaraikan.
 
Sebelum Majlis Penyampaian cenderahati bermula, majlis dipengerusikan oleh En. Zambri. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Surau dan seterusnya beliau merasmikan Program bersama anak yatim, ibu tunggal, OKU dan warga emas 2011.


Seramai 30 penerima telah menerima cenderahati (berupa wang saku) masing-masing yang telah disampaikan oleh  Pengerusi Surau En. Abdullah Jusoh. Sambutan daripada penduduk sekitar 27B dan 28 amat menggalakkan, menu utama pada malam itu adalah kambing kari, jelatah dan popedem. Majlis ditamatkan dengan majlis tahlil ringkas sebelum jamuan berbuka puasa dihidangkan.

 
Klik di sini untuk gambar majlis Bersama Anak Yatim
Klik di sini untuk Video 1, Video 2, Video 3, Video 4, Video 5


 

Isnin, 25 Julai 2011

KEM REMAJA SURAU AL-FURQAN

Surau Al-Furqan telah mengadakan aktiviti untuk remaja setempat blok 28/27b pada 23 dan 24 Julai 2011 yang lalu dengan jayanya di Surau Al-Furqan.

Sambutan yang diterima daripada penduduk setempat 28/27b amat mengalakkan dengan penyertaan seramai 77 remaja berumur di antara 9 hingga 17 tahun. Diantara pengisian/penghayatan yang diutarakan adalah berkaitan dengan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi, dimana dalam siri kem ini mendedahkan bagaimana cara-cara untuk berpuasa ramadhan mengikut sunat Rasulallah dengan cara yang betul dan berkesan.

Disamping itu juga remaja didedahkan juga berkenaan teknik bacaan Al-Quran yang dibimbing oleh ustaz amir hamzah pemangku iman 1 surau al-furqan, didalam aktiviti ini remaja diajar cara-cara bagaimana membaca surah al-fatihah dengan cara yang betul mengikut tajwid.

Pada sebelah petang remaja lelaki/perempuan dibawah bimbingan fasilitator masing-masing mengadakan riadah dipadang surau al-furqan sehingga jam 1830hrs. Selepas makan malam remaja dan penduduk setempat bersembahyang maghrib secara berjemaah dan diikuti ceramah maghrib oleh Ustar Dr. Mahmood sehingga Isyak.

Selepas Isyak semua remaja sekali lagi didedah dengan cara membacaan surah al-fatihah secara berkumpulan dibawah bimbingan Iman Ali, Ustaz Amir Hamzah dan 4 fasilitator sehingga jam 2300hrs.

Tepet jam 03.30 pagi semua peserta kem remaja dikejutkan daripada tidur untuk menyertai Qiamullai yang dipimpin oleh Ustaz Azhari sehingga jam 05.45 pagi. Selepas solat subuh berjemaah, kuliah subuh telah disampaikan oleh ustaz Azhari sehingga jam 07.30 pagi.

Sebelum jamuan pagi disediakan para peserta menjalani latihan jasmani di bawah kelolaan 4 fasilitator  mengikut kumpulan masing-masing.

Selepas selesai mandi dan sarapan pagi program seterusnya bekerja secara berkumpulan untuk menjawab soal yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Dalam program ini para peserta didedahkan kepada soalan-soalan yang telah dipelajari semasa program dijalankan, dimana program ini bertujuan untuk menilai tahap pencapaian dan pemahaman dengan apa yang telah dipelajari.

Selepas selesai program di atas dijalankan, acara kemuncak program ini adalah penyampaian sijil dan cenderahati kepada kumpulan yang telah berjaya menjawab soalan yang dikemukakan. Majlis bersurai tepat jam 12.15 tengahari.

Gambar-gambar daripada Lensa Jurugambar Abd Aziz Shaari

Klik di sini untuk Album 1 Kem Remaja Surau Al-Furqan 2011
Klik di sini untuk Album 2 Kem Remaja Surau Al-Furqan 2011
Klik di sini untuk Album 3 Kem Remaja Surau Al-Furqan 2011

Video Terpilih Daripada Lensa Video Abd Aziz Shaari

Video 1, Video 2, Video 3, Video 4, Video 5, Video 6

Catitan

Video telah siap di Edit dengan jangkamasa 2 jam 12 minit 10 saat, kepada sesipa yang anak mereka telah mengikuti program ini yang berminat untuk mendapatkan video original (lebih jelas) boleh membuat tempahan daripada saya Abd Aziz (Siak) pada harga RM10 sahaja.

Sekian Terima Kasih


Khamis, 24 Mac 2011

Ceramah Zakat Oleh Ustaz Mohammad Abadi

Pada 24hb March 2011 (Khamis) Surau Al-Furqan telah menganjurkan ceramah berkenaan zakat yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Abadi daripada Lembaga Zakat Selangor. Ceramah dimulakan selepas solat maghrib sehingga solat isyak.

Sambut yang diterima daripada anak khariah 27B dan 28 menggalakan dimana surau al-furqan mula dipenuhi sebelum solat maghrib lagi. Selepas solat isyak jamuan disediakan seperti nasi braiyani dan kari kambing yang mana menunya telah disediakan oleh muslimat surau al-furqan yang diketuai oleh puan shamsiah ali.

Untuk maklumat lanjut berkenaan zakat sila layari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor

Untuk mengikuti rakaman ceramah zakat oleh LZS sila rujuk link di bawah ini :-

Ahad, 9 Januari 2011

Program Remaja Surau Al-Furqan

"Ya Allah ya Tuhan kami..jadikanlah zuriat-zuriat kami penyejuk mata untuk kami dan jadikanlah kami dari golongan orang yang bertaqwa"

Bagaimana untuk menjadi penyejuk mata dan bertaqwa jika tiada ilmu didada?

Menyedari masaalah ini Surau Al-Furqan telah merancang dan mengadakan sesi kuliah khas untuk golongan remaja sasaran peringkat umur 12 - 18 tahun (lain-lain peringkat umur digalakkan hadir). Kuliah ini diberi nama kuliah remaja pewaris islam.

Kuliah ini akan diadakan selepad solat maghrib hingga isyak setiap hari jumaat minggu ke 2 dan minggu ke 4 sepanjang tahun 1432H/2011.

Tajuk kuliah juga disusun mengikut kehendak kehidupan remaja kini yang digabungkan mengikut ciri-ciri yang digariskan islam dan disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman dengan kehidupan remaja.

Apa Faedahnya?
Supaya anak kita dan KITA mempunyai ilmu didada walau apa yang mereka bakal lakukan dan dimana mereka pergi. Dikala kita tidak melihat mereka dari itu ilmulah yang akan memainkan peranan dan memberi pertunjuk dan panduan.

Berapa haragnya?
Percuma disisi manusia, amat mahal disisi ALLAH S.W.T

Jadi?
Jadi kerah-kerahkan anak kita dan KITA bersama-sama kesurau Al-Furqan pada hari yang dinyatakan di atas...Sebagai satu TANGGUNGJAWAB.

VIDEO CERAMAH REMAJA UNTUK BULAN JAN 2011

Video siri pertama Kuliah Remaja Surau Al-Furqan
 07hb Jan 2011 bersamaan 3 Safar 1432H  (Jumaat)
Disampaikan oleh Ustaz Amiruddin Hadi
____________________________________________________________________________________
Video siri kedua Kuliah Remaja Surau Al-Furqan
21hb Jan 2011 bersamaan 17 Safar 1432H (Jumaat)
Disampaikan oleh Ustaz Zamani
Video 1, Video 2
_____________________________________________________________________________________
VIDEO CERAMAH REMAJA UNTUK BULAN FEB 2011

Video siri ketiga Kuliah Remaja Surau Al-Furqan
11hb Feb 2011 Bersamaan 8 Rabbiuawal 1432H (Jumaat)
Disampaikan oleh Ustaz Eidil Nazir Masjid BTP
Video 1, Video 2, Video 3, Video 4
 

Rabu, 17 November 2010

Majlis Korban Surau Al-Furqan 2010

Setiap tahun surau al~furqan menganjurkan majlis korban. Pada tahun ini surau al~furqan akan mengorbankan 5 ekor lembu yang telah dikongsi bersama oleh ahli khariah blok 28 & 27B. Acara penyembelihan korban bermula 9.30pagi selepas solat sunat hariraya korban.

Kerja~kerja penyembelihan, melapah dan menyiang daging secara bergotongroyong. Kerja korban siap sepenuhnya sebelum solat zohor 

Jamuan makan tengahari disediakan untuk para petugas korban selepas solat zohor, jamuan seperti daging masak kicap, goreng dan juga hidangan istimewa sup tulang lembu.

Kerja-kerja memasak diketuai oleh en. nazzari dengan dibantu oleh para muslimah surau al-furqan, untuk kerja-kerja pembersihan dijalankan secara bergotong-royong itulah semagat yang ditunjukkan oleh ahli khariah 28/27B.

Klik di sini untuk gambar majlis korban album 1
Klik di sini untuk gambar majlis korban album 2

Isnin, 6 September 2010

Selamat Hariraya Aidilfitri 2010 (1431H)

Semua AJK Surau Al~Furqan Kediaman Rose Blok 28, mengucapkan Selamat Hariraya Maaf Zahir & Batin kepada Semua Penduduk Kediaman Rose.