Khamis, 13 Mei 2010

Sambutan Maulidur Rasul Surau Al~Furqan

Pada tanggal 20 March 2010 (Sabtu) Surau Al~Furqan dengan kerjasama ahli khariah 28 dan ahli khariah 27B telah bersama~sama menganjurkan sambutan maulidur rasul di surau al-furqan.

Segala persiapan sambutan tersebut dijayakan secara gotong-royong dari membersih kawasan surau dan memasak hidangan untuk majlis yang akan diadakan pada sebelah malam. Menu pada hari tersebut nasi beriayani gam yang telah disediakan oleh imam ustaz abdul mun'im dan ayam masa oleh ahli AJK wanita surau al~furqan

Majlis sambutan bermula dengan sembahyang maghrib berjemaah dan diikut dengan ceramah maulidur rasul oleh ustaz zamani, selepas tamat ceramah sembahyang isyak berjemaah selepas itu majlis penyampaian cenderahati kepada anak-anak yang mengambil bahagian di dalam pertandingan amal islam anjuran masjid BTP.
Sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahllil dan doa selamat diadakan bagi memberkati majlis yang diadakan. Majlis berakhir sekitar jam 11.30 malam.



Klik Di sini Gambar Majlis Maulidur Rasul Surau Al~Furqan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan