Ahad, 25 Julai 2010

Majlis Kesyukuran Surau Al-Furqan

Pada tanggal 24 Julai 2010 (Sabtu) bersamaan 12 Syaaban 1431 Hijriah Surau Al~Furqan dengan kerjasama ahli khariah 28 serta ahli khariah 27B dan Ahli KRT 28 telah bersama~sama menganjurkan majlis kesyukuran kerana meraikan surau al-furqan berwajah baru serta majlis kesyukuran kedatangan ramadhan.

Segala persiapan majlis sambutan tersebut dijayakan secara gotong-royong dari menyembelih/melapah/menyiang seekor lembu yang telah dihadiah oleh Y.B Dato Seri Hassan Ayub. Lain aktiviti membersih kawasan surau terutamanya di bahagian dalam surau. Menu pada hari tersebut nasi tomato dengan daging masak hitam, gulai dalca dan jelatah yang telah disediakan oleh imam 1 ustaz abdul mun'im dengan bantuan ahli khariah yang lain.

Majlis sambutan bermula dengan sembahyang maghrib berjemaah dan diikut dengan ceramah menyambut ramadhan yang disampaikan oleh al-fahdil Ustaz Zaid, selepas tamat ceramah solat isyak berjemaah kemudian majlis penyampaian cenderahati kepada AJK sesi 2007 hingga 2010.

Sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahllil dan doa selamat diadakan bagi memberkati majlis yang diadakan. Semua kerja-kerja pembersihan dijalankan secata gotong-royong sehingga siap pada jam 11.45 malam.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini daripada mula hingga keakhirnya, semoga ALLAH S.W.T merahmati dan memberkati diri anda semua.


Sila klik di sini untuk Album 1 Majlis Surau Al-Furqan
Sila klik di sini untuk Album 2 Majlis Surau Al-Furqan

Surau Al-Furqan Kediaman Rose

Video Ceramah Ustaz Zaid
DiSurau Al-Furqan Blok 28
Video 1, Video 2, Video 3, Video 4