Isnin, 25 Julai 2011

KEM REMAJA SURAU AL-FURQAN

Surau Al-Furqan telah mengadakan aktiviti untuk remaja setempat blok 28/27b pada 23 dan 24 Julai 2011 yang lalu dengan jayanya di Surau Al-Furqan.

Sambutan yang diterima daripada penduduk setempat 28/27b amat mengalakkan dengan penyertaan seramai 77 remaja berumur di antara 9 hingga 17 tahun. Diantara pengisian/penghayatan yang diutarakan adalah berkaitan dengan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi, dimana dalam siri kem ini mendedahkan bagaimana cara-cara untuk berpuasa ramadhan mengikut sunat Rasulallah dengan cara yang betul dan berkesan.

Disamping itu juga remaja didedahkan juga berkenaan teknik bacaan Al-Quran yang dibimbing oleh ustaz amir hamzah pemangku iman 1 surau al-furqan, didalam aktiviti ini remaja diajar cara-cara bagaimana membaca surah al-fatihah dengan cara yang betul mengikut tajwid.

Pada sebelah petang remaja lelaki/perempuan dibawah bimbingan fasilitator masing-masing mengadakan riadah dipadang surau al-furqan sehingga jam 1830hrs. Selepas makan malam remaja dan penduduk setempat bersembahyang maghrib secara berjemaah dan diikuti ceramah maghrib oleh Ustar Dr. Mahmood sehingga Isyak.

Selepas Isyak semua remaja sekali lagi didedah dengan cara membacaan surah al-fatihah secara berkumpulan dibawah bimbingan Iman Ali, Ustaz Amir Hamzah dan 4 fasilitator sehingga jam 2300hrs.

Tepet jam 03.30 pagi semua peserta kem remaja dikejutkan daripada tidur untuk menyertai Qiamullai yang dipimpin oleh Ustaz Azhari sehingga jam 05.45 pagi. Selepas solat subuh berjemaah, kuliah subuh telah disampaikan oleh ustaz Azhari sehingga jam 07.30 pagi.

Sebelum jamuan pagi disediakan para peserta menjalani latihan jasmani di bawah kelolaan 4 fasilitator  mengikut kumpulan masing-masing.

Selepas selesai mandi dan sarapan pagi program seterusnya bekerja secara berkumpulan untuk menjawab soal yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Dalam program ini para peserta didedahkan kepada soalan-soalan yang telah dipelajari semasa program dijalankan, dimana program ini bertujuan untuk menilai tahap pencapaian dan pemahaman dengan apa yang telah dipelajari.

Selepas selesai program di atas dijalankan, acara kemuncak program ini adalah penyampaian sijil dan cenderahati kepada kumpulan yang telah berjaya menjawab soalan yang dikemukakan. Majlis bersurai tepat jam 12.15 tengahari.

Gambar-gambar daripada Lensa Jurugambar Abd Aziz Shaari

Klik di sini untuk Album 1 Kem Remaja Surau Al-Furqan 2011
Klik di sini untuk Album 2 Kem Remaja Surau Al-Furqan 2011
Klik di sini untuk Album 3 Kem Remaja Surau Al-Furqan 2011

Video Terpilih Daripada Lensa Video Abd Aziz Shaari

Video 1, Video 2, Video 3, Video 4, Video 5, Video 6

Catitan

Video telah siap di Edit dengan jangkamasa 2 jam 12 minit 10 saat, kepada sesipa yang anak mereka telah mengikuti program ini yang berminat untuk mendapatkan video original (lebih jelas) boleh membuat tempahan daripada saya Abd Aziz (Siak) pada harga RM10 sahaja.

Sekian Terima Kasih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan