Ahad, 9 Januari 2011

Program Remaja Surau Al-Furqan

"Ya Allah ya Tuhan kami..jadikanlah zuriat-zuriat kami penyejuk mata untuk kami dan jadikanlah kami dari golongan orang yang bertaqwa"

Bagaimana untuk menjadi penyejuk mata dan bertaqwa jika tiada ilmu didada?

Menyedari masaalah ini Surau Al-Furqan telah merancang dan mengadakan sesi kuliah khas untuk golongan remaja sasaran peringkat umur 12 - 18 tahun (lain-lain peringkat umur digalakkan hadir). Kuliah ini diberi nama kuliah remaja pewaris islam.

Kuliah ini akan diadakan selepad solat maghrib hingga isyak setiap hari jumaat minggu ke 2 dan minggu ke 4 sepanjang tahun 1432H/2011.

Tajuk kuliah juga disusun mengikut kehendak kehidupan remaja kini yang digabungkan mengikut ciri-ciri yang digariskan islam dan disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman dengan kehidupan remaja.

Apa Faedahnya?
Supaya anak kita dan KITA mempunyai ilmu didada walau apa yang mereka bakal lakukan dan dimana mereka pergi. Dikala kita tidak melihat mereka dari itu ilmulah yang akan memainkan peranan dan memberi pertunjuk dan panduan.

Berapa haragnya?
Percuma disisi manusia, amat mahal disisi ALLAH S.W.T

Jadi?
Jadi kerah-kerahkan anak kita dan KITA bersama-sama kesurau Al-Furqan pada hari yang dinyatakan di atas...Sebagai satu TANGGUNGJAWAB.

VIDEO CERAMAH REMAJA UNTUK BULAN JAN 2011

Video siri pertama Kuliah Remaja Surau Al-Furqan
 07hb Jan 2011 bersamaan 3 Safar 1432H  (Jumaat)
Disampaikan oleh Ustaz Amiruddin Hadi
____________________________________________________________________________________
Video siri kedua Kuliah Remaja Surau Al-Furqan
21hb Jan 2011 bersamaan 17 Safar 1432H (Jumaat)
Disampaikan oleh Ustaz Zamani
Video 1, Video 2
_____________________________________________________________________________________
VIDEO CERAMAH REMAJA UNTUK BULAN FEB 2011

Video siri ketiga Kuliah Remaja Surau Al-Furqan
11hb Feb 2011 Bersamaan 8 Rabbiuawal 1432H (Jumaat)
Disampaikan oleh Ustaz Eidil Nazir Masjid BTP
Video 1, Video 2, Video 3, Video 4
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan