Pada tanggal 13hb Ogos 2010 (Sabtu) bersamaan dengan 13 Ramadhan, Surau Al-Furqan telah mengadakan Majlis penyampaian cenderahati kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, OKU dan Warga Emas blok 27B, blok 28 , seramai 30 orang penerima dari keempat-empat kategori telah disenaraikan.
Sebelum Majlis Penyampaian cenderahati bermula, majlis dipengerusikan oleh En. Zambri. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Surau dan seterusnya beliau merasmikan Program bersama anak yatim, ibu tunggal, OKU dan warga emas 2011.
Seramai 30 penerima telah menerima cenderahati (berupa wang saku) masing-masing yang telah disampaikan oleh Pengerusi Surau En. Abdullah Jusoh. Sambutan daripada penduduk sekitar 27B dan 28 amat menggalakkan, menu utama pada malam itu adalah kambing kari, jelatah dan popedem. Majlis ditamatkan dengan majlis tahlil ringkas sebelum jamuan berbuka puasa dihidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan